JOHOR BAHRU, 26 Jan -- Seorang guru memantau muridnya menggunakan papan pintar bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran ketika tinjauan Bernama di Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Utara, di sini.Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) yang mengambil pendekatan pembelajaran berasaskan digital bukan sahaja menyokong dasar pendigitalan pendidikan negara, malah berupaya mengatasi isu beg sekolah berat dalam kalangan murid.SRBJ yang juga cetusan ilham Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dilaksanakan di empat sekolah terpilih di daerah Johor Bahru, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Utara, SK Tasek Utara, SMK Seri Kota Puteri 2 dan SK Seri Kota Puteri 4, dengan kesemuanya turut menerima pengiktirafan sebagai Apple Distinguished School.Menerusi kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, pelaksanaannya memberi penekanan penguasaan Bahasa Inggeris tanpa meminggirkan Bahasa Melayu selain mengukuhkan kemahiran STEM, pembangunan sahsiah serta kebolehpasaran murid dan pentaksiran kompetensi setara penilaian bertaraf antarabangsa dan selari dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA