PULAU PINANG, 20 Mei -- Area Putra Ismail dari Universiti Pertahanan Nasional menunjukkan motosikal jenis skuter yang diciptanya di pameran Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi Peringkat Kebangsaan 2008 di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.Menurut Area Putra, skuter itu boleh dilipat dan digalas bagi memudahkan anggota tentera bergerak dari satu tempat ke satu tempat.Sebanyak 19 institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara mengambil bahagian dalam pertandingan itu yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.Pertandingan itu dirasmikan oleh Naib Canselor USM, Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA