IPOH, 25 Mei -- Chuah Yew Lay, 50, yang mengalami cacat di bahagian kaki kananya bergambar bersama basikalnya selepas menerima tajaan daripada Kelab Rakaniaga Petronas N7 di sini, semalam.Bapa kepada empat orang anak ini, kehilangan sebelah kakinya akibat kemalangan jalan raya kira-kira 20 tahun lalu.Dia yang kini terpaksa memakai kaki palsu, bersama lima lagi rakannya sedang dalam misi kayuhan jelajah Semenanjung Malaysia sejauh 2,010 kilometer.Ekspedisi selama 10 hari itu, turut ditaja NTV7 dan Kelab Ipoh Road Runners.Dia kini mengusahakan sebuah bengkel di Ipoh.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA