KANGAR, 6 Mei -- SEGAR ... Wan Yasmin Farizi Wan Othman, 22, petugas di Pusat Pertanian Bukit Bintang menunjukkan mempelam harumanis gred 'Premier A' yang dijual pada harga RM8 sekilogram pada Pesta Harumanis 2008 di Sungai Batu Pahat dekat sini, hari ini.Pesta yang dianjurkan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri dengan kerjasama Sekretariat Tahun Melawat Malaysia, Jabatan Pertanian dan Kerajaan Negeri diadakan sebagai usaha untuk mempromosikan negeri ini.Majlis penutupannya akan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada 17 Mei ini sempena sambutan hari keputeraan baginda.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA