KUCHING, 10 Mei -- Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng melihat keadaan Sekolah Rendah Bantuan (SRB) Chung Hua Batu Lapan Setengah di Jalan Batu Kitang di sini yang musnah dalam satu kebakaran pukul 2.30 pagi ini. Kebakaran itu melibatkan empat bilik darjah dan sebuah bilik guru musnah serta separuh bilik perpustakaan turut terbakar.Seramai 134 pelajar serta 11 guru sekolah itu akan ditempatkan buat sementara bermula Isnin ini di Sekolah Jenis Kebangsaan Sam Hap Him untuk meneruskan sesi persekolahan mereka.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA