KOTA BHARU, 14 April -- Ahmad Nasri Anwar, 31, ketika ditemui Bernama selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Kebakaran (URK) Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian baru-baru ini.Keheningan subuh 18 Mei 2024 di Kampung Panjang Banggu, Binjai di sini, tiba-tiba direnggut jeritan seorang lelaki yang berguling-guling di atas tanah tatkala tubuhnya dilahap api.Insiden itu menyaksikan Ahmad Nasri, terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian di sini selama 24 hari.Ditemui Bernama ketika mendapatkan rawatan susulan di hospital tersebut baru-baru ini, bekas juruelektrik dan pendingin hawa itu berkata kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata selepas dia selesai mencuci enjin motosikalnya.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA