BANGKOK, 16 Mei -- Kelihatan beras sedang dimuatkan ke dalam lori sebelum di hantar ke kilang pembungkusan di sebuah kilang beras di Nonthaburi di sini, Jumaat.Kerajaan Thailand bersetuju untuk menjual 300,000 tan beras kepada Malaysia daripada stok 2.1 juta yang sedia ada mengikut perjanjian antara kedua-dua kerajaan.Isnin lepas, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) dan Persatuan Pengeksport Beras Thai memeterai perjanjian bagi pembelian 200,000 tan beras, empat hari selepas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani datuk Mustapa Mahamed bertemu Perdana Menteri Thailand Samak Sundavarej untuk mendapatkan 500,000 tan beras dari negara itu.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA