KUALA LUMPUR, 11 Mac -- Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dzulkifli Abdul Razak yang juga Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia memyampaikan sijil kepada pelajar cemerlang bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kategori calon istimewa (Buta) Noor Izati Meor Samsudin pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM dan Anugerah Pelajar Cemerlang STPM dan MUET tahun 2007 di sini, hari ini.Seramai 56,896 atau 91.62 peratus pelajar lulus penuh bagi satu subjek pada tahun ini berbanding 63,149 atau 90.87 peratus pada 2006 sekaligus mencatatkan peningkatan calon lulus sebanyak 0.75 peratus. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA