KUALA LUMPUR, 26 Mac -- Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam yang didakwa atas tuduhan rasuah dan menipu keluar dari kamar Mahkamah Tinggi di sini, selepas menghadiri perbicaraan kesnya hari ini.Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (LKTNS) untuk kepentingan kewangannya dengan mengambil bahagian dalam meluluskan penjualan 16.8 juta saham SAPI Plantations Sdn Bhd yang dipegang oleh lembaga tersebut kepada Brismark Enterprise Sdn Bhd pada Okt 1996.Kasitah, 64, juga didakwa memperdaya LKPNS dengan tidak memaklumkan tawaran saham oleh PBB Oil Palms Sdn Bhd untuk memperuntukkan lima saham bagi setiap saham SAPI Plantations Sdn Bhd dalam langkah cadangan penyenaraiannya. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA