BANGI, 29 Mac -- Rosydee Sahidan dari pasukan KOGAS 1 yang mewakili Pusat Latihan Teknologi Tinggi Kulim mengawal robotnya yang mengangkat "Butter" berukuran 200mm pada pertandingan ROBOCON 2008 peringkat kebangsaan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini. Dalam pusingan itu, pasukannya mengalahkan Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil dengan kiraan 21-9.Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), SIRIM Berhad dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyaksikan penyertaan 64 pasukan dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi (IPT). 'Govinda' dipilih sebagai tema tahun ini kerana India merupakan tuan rumah bagi pertandingan ROBOCON peringkat antarabangsa pada Ogos depan. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA