BANGI, 28 Mac -- Robot ciptaan penuntut dari Institut Kemahiran Mara Beseri (IKM) tersasar ketika cuba mengangkat sebiji bola pada pertandingan ROBOCON 2008 peringkat kebangsaan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini. Program itu merupakan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), SIRIM Berhad dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebanyak 64 pasukan dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara menyertai pertandingan yang berlangsung sehingga 30 Mac ini.'Govinda' dipilih sebagai tema tahun ini kerana India merupakan tuan rumah bagi pertandingan ROBOCON peringkat antarabangsa pada Ogos depan. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA