BANGI, 29 Mac -- Tan Yeo Chian, 20, (kiri) dan rakan sepasukan Lim Kian Sheng, 21, dari pasukan UTM B yang mewakili Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memeriksa robot mereka sebelum menyertai pertandingan ROBOCON 2008 peringkat kebangsaan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini. Pasukan itu adalah juara bertahan dua tahun berturut-turut bagi pertandingan itu.Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), SIRIM Berhad dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyaksikan penyertaan 64 pasukan dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi (IPT). 'Govinda' dipilih sebagai tema tahun ini kerana India merupakan tuan rumah bagi pertandingan ROBOCON peringkat antarabangsa pada Ogos depan. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA