KUALA LUMPUR, 2 Julai -- Petugas Jabatan Alam Sekitar (JAS) melakukan pemeriksaan ketumpatan asap menggunakan peralatan khas yang diberi nama "Muller Bem" pada sebuah bas semasa Operasi Halang di Lebuh Pudu di sini, hari ini.Operasi yang dijalankan secara bersepadu dengan Polis Trafik dan Dewan Bandaraya Kuala lumpur itu, adalah bagi mengambil tindakan bersepadu ke atas kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan.Dalam operasi yang diadakan selama dua jam yang bermula pukul 10.15 pagi itu, sebanyak 11 buah bas diperiksa kandungan asap oleh JAS bagi memastikan piawaian asap dibawah tahap yang dibenarkan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA