KUALA LUMPUR, 10 Feb -- Pekerja giat menghias Tokong Thean Hou dengan tanglung dan perhiasan sebagai persiapan menyambut Tahun Baharu Cina ketika tinjauan hari ini.Tokong yang bukan sahaja menjadi pusat ibadat penganut Buddha itu turut menjadi tarikan pelancongan popular, memikat pengunjung dengan warna-warni hiasan serta suasana yang meriah setiap kali sambutan perayaan. Tahun Baharu Cina dijangka disambut masyarakat Cina pada 17 Feb ini, menjanjikan kemeriahan dan kegembiraan untuk semua.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA