KUALA LUMPUR, 28 Julai -- Penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) membayar tambang bas untuk ke perhentian bas ekspres ketika tinjauan fotoBERNAMA di luar kampus universiti itu setelah diarahkan bercuti semester awal oleh Bahagian Akademik UPM bagi menangani penularan wabak Influenza A (H1N1) di kampus UPM Serdang di sini, hari ini.Mereka cuti bermula esok hingga 4 Ogos di mana kuliah dan aktiviti di UPM akan disambung semula pada 5 Ogos depan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA