KUALA LUMPUR, 16 Julai -- Juru demo Jamilah Hashim, 64, menerangkan mengenai Sanggul Lintang pada pameran Promosi Kerja Kahwin 2009 di Kompleks Kraf, Jalan Conlay di sini, baru-baru ini. Menurut Jamilah Sanggul Lintang yang diperbuat daripada gabungan tembaga, emas dan suasa ini memang menjadi lambang kemegahan adat resam orang Melayu khususnya ketika istiadat persandingan masyarakat Melayu Melaka zaman dahulu kala.Terdapat lebih 10 motif corak bunga yang dijadikan hiasan cucuk sanggul antaranya corak bunga Senayan, bunga Sundah Belum, bunga Kekwa, bunga Putih Pendek dan bunga Paku Putih Panjang.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA