KUALA LUMPUR, 28 Julai -- KAMPUS DITUTUP ... Penuntut-penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) membaca Notis Penangguhan Aktiviti Akademik yang dikeluarkan oleh Bahagian Akademik UPM yang mengarahkan para penuntut bercuti semester awal bagi menangani penularan wabak Influenza A (H1N1) di kampus UPM Serdang di sini, hari ini.Mereka cuti bermula esok hingga 4 Ogos di mana kuliah dan aktiviti di UPM akan disambung semula pada 5 Ogos depan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA