KUALA LUMPUR, 2 Julai -- Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Mohd Sany (kiri) menyaman pemandu bas yang melakukan kesalahan menunggu penumpang di garisan kuning yang mengganggu kelancaran lalu lintas pada Operasi Halang berdekatan Pudu Raya di sini, hari ini.Operasi yang dijalankan secara bersepadu dengan Polis Trafik dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) itu adalah bagi mengambil tindakan bersepadu ke atas kenderaan perdagangan yang melakukan kesalahan.Sebanyak 57 notis kesalahan telah dikeluarkan oleh DBKL dan polis atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar ibu negara hari ini.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA