KOTA MARUDU, 9 Julai -- Penjual jagung bakar, Safinah Madayah sibuk membakar jagung di tepi jalan Kampung Manggaris 3 dekat sini, hari ini.Safinah, 50, yang kini mempunyai enam cahaya mata yang berumur antara 23 dan 7 tahun berkata hidup menunjukkan perubahan yang ketara selepas mendapat bantuan daripada kerajaan melalui skim pinjaman AMANAH Ikhtiar Malaysia (AIM) yang disediakan khas untuk membantu Bumiputera memulakan perniagaan kecil-kecilan. --fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA