SHAH ALAM, 16 Julai -- Ahli keluarga dan orang ramai menyalakan lilin di perkarangan Plaza Masalam ekoran Teo Beng Hock mati setelah terjatuh dari bangunan itu di sini, hari ini.Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan itu yang turut menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang berada di tingkat 14.Toe, pegawai khas kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wan, merupakan seorang daripada saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri baru-baru ini.Yong merupakan antara tujuh anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan anggota Exco yang disiasat oleh SPRm berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan negeri itu dan semalam SPRM menyerbu pejabat Yong di bangunan Sekretariat Negeri di sini untuk mencari dokumen berhubung cara peruntukan negeri dibelanjakan.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA