SHAH ALAM, 11 Julai -- Pekerja-pekerja kilang Syarikat Keropok House and Industry Sdn Bhd sibuk membungkus keropok lekor yang akan dieksport ke Brunei dan Singapura pada majlis perasmian kilang ketiga syarikat itu di sini, hari ini.Kilang itu mencipta sejarah apabila menjadi kilang keropok pertama menerima pensijilan berprestij Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP) iaitu satu pensijilan keselamatan makanan antarabangsa selepas lapan tahun ditubuhkan. Syarikat tersebut telah mengeluarkan tiga produk utama iaitu keropok lekor, otak-otak gulung dan stik ketam.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA