JOHOR BAHARU, 20 Ogos -- ANAK-ANAK MERDEKA ... Kanak-kanak pra sekolah dari sekolah Smart Reader Kids Bandar Baru Uda di sini menunjukkan lambang 1Malaysia yang mereka hasilkan sambil menyanyikan lagu "Tanggal 31", di sekolah mereka di sini, hari ini.Menurut pengarah eksekutif Informium Sdn Bhd yang juga menguruskan sekolah itu, Noorizam Abdullah, akviti itu adalah pendedahan awal bagi menerapkan semangat patriotisme di kalangan kanak-kanak terbabit.Pendedahan awal kepada kanak-kanak itu juga selari dengan konsep 1Malaysia yang dilahirkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA