JOHOR BAHARU, 20 Ogos -- 1 MALAYSIA... (dari kiri) Puteri Arinah Sahimi, Mohd Iqbal Azim, Mohd Redzuan Azahari, Alysa Aisya Mohd Fairuz dan Ersya Nadra Mohd Nazreen dari sekolah Smart Reader Kids Bandar Baru Uda menggayakan semangat Kemerdekaan dan 1Malaysia ketika aktiviti sambutan bulan Kemerdekaan di hadapan sekolah mereka di sini, hari ini.Menurut pengarah eksekutif Informium Sdn Bhd yang juga menguruskan sekolah itu, Noorizam Abdullah, seramai 120 kanak-kanak berumur dari tiga hingga enam tahun telah menghasilkan satu bendera Jalur Gemilang sebagai sebahagian daripada aktiviti menerapkan semangat patriotisme di kalangan mereka.Pendedahan awal kepada kanak-kanak itu juga selari dengan konsep 1Malaysia yang dilahirkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA