KUALA TERENGGANU, 16 Julai -- Seorang anggota forensik memeriksa serpihan cermin pintu pejabat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang pecah dipercayai terkena tembakan daripada senapang pengawal keselamatan yang terjatuh dan meletup di Batas Baru di sini, hari ini.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi semasa pengawal keselamatan berumur 60 tahun itu sedang bertugas di pejabat ASNB berkenaan.Zamri berkata senapang patah yang disandang pengawal keselamtan itu terjatuh setelah tali pengikatnya terputus lalu meletup dan terkena cermin bahagian depan pajabat berkenaan.Tiada sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA