JOHOR BAHARU, 20 Ogos -- Kanak-kanak pra sekolah dari sekolah Smart Reader Kids Bandar Baru Uda di sini melaungkan perkataan "Merdeka" sebanyak tiga kali apabila rakan mereka (dari kiri hadapan) M. Nilesh, Anees Zafirah Mohd Fuad, Aimen Hakimi Mohd Kamal selesai menurunkan cap tangan terakhir bagi menghasilkan jalur merah Jalur Gemilang sebagai satu aktiviti sempena sambutan Kemerdekaan sekolah itu di sini, hari ini.Bendera itu telah dihasilkan seramai 120 kanak-kanak dengan bantuan guru-guru mereka.Menurut pengarah eksekutif Informium Sdn Bhd yang juga menguruskan sekolah itu, Noorizam Abdullah, akviti itu adalah pendedahan awal bagi menerapkan semangat patriotisme di kalangan kanak-kanak terbabit.Pendedahan awal kepada kanak-kanak itu juga selari dengan konsep 1Malaysia yang dilahirkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA