KUALA LUMPUR, 22 Jan -- Sesi fotografi bersama penyanyi legenda Fauziah Latiff selepas Majlis Sidang Media Konsert 4 Decades Fauziah Latiff, semalam.Selepas empat dekad mengukir nama dalam landskap muzik tanah air, penyanyi legenda Fauziah akhirnya mengubati kerinduan peminat apabila menjayakan konsert solo berskala besar pertamanya pada 9 Mei depan.Konsert 4 Decades Fauziah Latiff Live In Concert yang akan berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu dijangka menjadi antara persembahan paling dinantikan tahun ini.Dianjurkan oleh IDEATELIER, konsert itu disusun sebagai penghormatan terhadap perjalanan seni pelantun lagu Teratai Layu Di Tasik Madu yang merentas generasi sejak era 1980-an.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA