KLUANG, 27 Mac -- Temu bual bersama Orang Diselia (ODS) yang dikenali sebagai Ari, 30, di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kluang baru-baru ini.Melalui Program Reintegrasi Penghuni Industri (PRPI), Ari kini bekerja di sebuah kilang tanah liat di Ayer Hitam, Batu Pahat. Sepanjang tempoh tersebut, beliau memperoleh pelbagai pengalaman baharu, dan selepas tiga bulan bekerja, Ari mampu menghasilkan pelbagai produk berasaskan tanah liat seperti pasu, tembikar, barangan perhiasan serta paip tanah liat.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA