SEREMBAN, 9 Ogos -- Seramai 20 lelaki dan perempuan berusia 20an yang dipercayai sebahagian dari ahli ajaran Negara Islam Indonesia (NII) berjaya ditahan polis dan pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) di Taman Perindustrian Oakland di sini hari ini.Sabit kesalahan, mereka akan didakwa di bawah Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 dan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara. --fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA