SEREMBAN, 9 Ogos -- Seorang lelaki dipercayai ketua cawangan ajaran Negara Islam Indonesia (NII) (kiri) ditahan pihak berkuasa dalam operasi yang bermula dari pukul 11 pagi tadi. Seramai 20 lelaki dan perempuan berusia 20an yang dipercayai sebahagian dari ahli ajaran NII berjaya ditahan polis dan pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) di Taman Perindustrian Oakland hari ini.--fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARAKakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) membawa papan tanda yang digunakan oleh ahli ajaran Negara Islam Indonesia (NII) ke balai polis untuk siasatan lanjut.Seramai 20 lelaki dan perempuan berusia 20an yang dipercayai sebahagian dari ahli ajaran NII berjaya ditahan polis dan pegawai dari JAINS di Taman Perindustrian Oakland di sini hari ini.Turut ditahan ketua cawangan kumpulan itu dalam operasi yang bermula dari pukul 11 pagi tadi. Sabit kesalahan, mereka akan didakwa di bawah Seksyen 53 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 2003 dan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara. --fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA Lelaki yang dipercayai mengetuai ahli ajaran NII di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.--fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA