IPOH, 28 Julai -- Pengunjung berpeluang mengunjungi pusat hiburan keluarga yang menggunakan teknologi realiti maya yang dibuka kepada orang ramai di Space Park di Angsana Ipoh hari ini. Pusat permainan berkonsepkan penjelajahan angkasa lepas itu menyediakan empat jenis permainan realiti maya seperti Dark Mark9D, Human Gyroscope, Space Track dan Space Shuttle NASA. Selain itu terdapat juga ruang permainan Babyland untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA