KUANTAN, 22 Ogos -- LANGKAH BERJAGA-JAGA ... Dua pegawai Persatuan Perlindung Pengguna Malaysia mengedarkan topeng mulut dan hidung sambil mengedar juga risalah kesedaran sebagai langkah berjaga-jaga terhadap penularan jangkitan Influenza A (H1N1) kepada penumpang bas ekspres di Terminal Bas Kuantan di sini, hari ini.Orang ramai terutama yang berisiko tinggi dinasihatkan agar mengambil langkah pencegahan sedemikian bagi mengelak wabak tersebut dari terus merebak.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA