LANGKAWI, 4 Ogos -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meninjau Langkawi Nature Park dengan menaiki baggy selepas merasmikan taman berkenaan hari ini.Taman terbabit adalah pusat eco pelancongan terbesar di Langkawi yang menempatkan lebih 80 spesies haiwan di kawasan hutan paya bakau semula jadi yang mempunyai laluan pejalan kaki sepanjang 800 kaki.--fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA