JOHOR BAHARU, 11 Sept -- Ahli Akademik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Halimaton Hamdan ketika ditemu bual BERNAMA di sini, baru-baru ini.Beliau yang bertugas di Jabatan Kimia universiti itu dipilih untuk menerima Anugerah Merdeka 2009 di bawah kategori Kesihatan, Sains dan Teknologi kerana beliau mengharumkan nama negara dengan mencipta satu bahan penebat silika yang inovatif diperbuat daripada sekam padi, penebat pejal yang paling ringan boleh didapati hari ini, dikenali sebagai Maerogel (singkatan bagi Malaysia Aerogel).Maerogel merupakan satu material nano mesra alam yang baru diperbuat daripada bahan buangan organik - sekam padi.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA