KUALA LUMPUR, 2 Sept -- DAGING RUSA ... Warga kota yang ingin membeli daging rusa tidak perlu bersusah payah mencari daging itu kerana ia boleh didapati di Jalan Jelatek Kampung Datuk Keramat di sini.Tinjauan fotoBERNAMA ke kampung itu hari ini mendapati ramai pengunjung membeli daging itu yang djual di sebuah lori.Bekalan daging itu didapati dari Lenggong, Perak.Selain daging rusa, daging lembu juga dijual di situ di mana jualan daging-daging itu terutama sekali daging rusa mendapat sambutan yang menggalakkan oleh warga kota.Harga daging rusa sekilo dijual pada harga RM55 manakala daging lembu sekilo dijual dengan harga RM15, dengan harga ekor RM25, lidah RM25, daging pejal RM22, tulang RM18, organ dalam RM18, daging cincang RM15 dan tulang som-som RM8.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA