KUALA LUMPUR, 24 Sept -- BERKARAT... Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Selayang Segar, Khuah Fook Choon menunjukkan bahagian dalam sambungan paip yang telah berkarat punca tekanan air rendah ke kawasan perumahan berkenaan dekat sini hari ini. Hasil pemeriksaan SYABAS mendapati tekanan air rendah di kawasan itu disebabkan oleh keadaan paip lama yang berkarat dan laluan air yang sempit.Justeru SYABAS menasihati penduduk kawasan itu menukar kepada sistem paip baru dan syarikat itu bersedia memantau perkembangan dan keadaan tekanan air di kawasan perumahan berkenaan dari masa ke semasa.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***