KUALA LUMPUR, 24 Sept -- TEKANAN NORMAL... Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Abdul Halem Mat Som (kanan) menerangkan kepada Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Selayang Segar, Khuah Fook Choon (tiga, kiri) dan beberapa penduduk mengenai kadar tekanan 20psi yang normal dicatatkan pada meter pengukur tekanan ketika pasukan khas SYABAS melawat dan membuat pemeriksaan tekanan air di kawasan flat Selayang Segar, dekat sini hari ini.Hasil pemeriksaan SYABAS mendapati tekanan air rendah di kawasan itu disebabkan oleh keadaan paip lama yang berkarat dan laluan air yang sempit.Justeru SYABAS menasihati penduduk kawasan itu menukar kepada sistem paip baru dan syarikat itu bersedia memantau perkembangan dan keadaan tekanan air di kawasan perumahan berkenaan dari masa ke semasa.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***