KUALA LUMPUR, 9 Sept -- BARU, KECIL DAN CANGGIH ... Toh Wan Xi, 1 tahun 10 bulan, menerima rawatan pembedahan implan koklear "Cochlear Nucleus 5" di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, hari ini.Beliau yang ditemani kedua ibu bapanya, Tan Gek Ling, 35, dan Toh Charng Jeng, 37, menerima alat itu yang merupakan alat implan terbaru, terkecil dan tercanggih di dunia.PPUKM dipilih oleh Cochlear Ltd Sydney, Australia iaitu peneraju dan pengeluar peralatan itu, untuk pelancaran generasi implan koklear terbaru, kecil dan tercanggih di dunia yang dinamakan 'Cochlear Nucleus 5'.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA