KUALA LUMPUR, 9 Sept -- TERKINI DAN CANGGIH ... Pesakit pertama yang menerima rawatan pembedahan implan koklear bagi kepekakan separa, Dewi Sri Taib, 36, dari Shah Alam menunjukkan alat implan koklear "Cochlear Hybrid" yang beliau gunakan semasa sidang akhbar mengenai pembedahan implan koklear generasi baru pertama di Asia Tenggara di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, hari ini.PPUKM dipilih oleh Cochlear Ltd Sydney, Australia iaitu peneraju dan pengeluar peralatan itu, untuk pelancaran generasi implan koklear terbaru, kecil dan tercanggih di dunia yang dinamakan 'Cochlear Nucleus 5'.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA