KUALA LUMPUR, 30 Sept -- CEMAS ... Para pekerja di Menara Celcom di Jalan Tun Razak bergegas keluar dan berkumpul di luar bangunan tersebut selepas merasai gegaran kuat akibat gempa bumi yang berlaku di selatan Sumatera, Indonesia hari ini.Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter itu berlaku pukul 6.16 petang tadi.Pusat gempa bumi itu berlaku kira-kira 60km barat daya bandar Padang di Sumatera dan 452km barat daya Melaka. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA