BALIK PULAU, 17 Sept -- TEMPAHAN PELANGGAN ... Pembuat lemang terkenal Yahaya Said, 63, sibuk menyiapkan lemang yang ditempah pelanggannya ketika tinjauan fotoBERNAMA di rumahnya di Sungai Burung di sini, hari ini.Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Yah di kalangan pelanggannya, akan menyediakan antara 30 hingga 40 batang lemang sehari.Katanya, permintaan terhadap juadah wajib itu pada tahun ini berkurangan sedikit berbanding dengan tahun lepas disebabkan kenaikkan harga barang.Tahun lepas, Pak Yah dapat menjual sehingga 3,000 batang lemang berbanding tahun ini hanya 2,000 batang.Lemang-lemang itu dijual dengan harga antara RM10 dan RM15 mengikut saiz.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA