PULAU TIOMAN, 4 Sept -- Para media bergambar ketika menyelam pada program pengenalan selam skuba bagi media 'Start in Tioman' sempena Tioman Mega Dive 2009 di sini, baru-baru ini.Sekolah Perhotelan dan Pelancongan Negeri Sembilan (SPPNS) bekerjasama dengan pengusaha aktiviti menyelam di pulau itu, Azmi Dive Sdn Bhd, untuk mengadakan program kelayakan selam skuba bagi para pelajarnya sebagai usaha meningkatkan kemahiran dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi pelajarnya.Program kelayakan selam skuba itu dibiayai dan diurus oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA