KUALA LUMPUR, 22 Feb -- Pencuci mulut nostalgia dikenali sebagai Rizzquesillo muncul antara pencuci mulut paling diburu sepanjang Ramadan tahun ini, khususnya di Jalan Alor, Bukit Bintang yang menjadi tumpuan pengunjung bazar dan pelancong ketika tinjauan Bernama di sini hari ini.Digelar pencuci mulut nostalgia kerana asas dan terasnya menyerupai puding karamel, namun ditambah baik dengan penggunaan telur ayam kampung serta susu berkualiti tinggi, sekali gus menghasilkan tekstur yang gebu dan rasa yang lebih padat.Gabungan puding lembut berlapis bersama karamel gula hangus itu mencuri perhatian ramai selepas tular di media sosial sejak awal Ramadan, dengan rata-rata pengguna berkongsi pengalaman beratur panjang bagi mendapatkan kuih berkenaan sebagai juadah berbuka puasa.Tinjauan Bernama mendapati gerai yang menjual rizzquesillo mula dikunjungi orang ramai seawal jam 4 petang, malah ada pelanggan sanggup menunggu hampir satu jam bagi memastikan mereka tidak terlepas menikmati pencuci mulut berkenaan.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA