KUALA LUMPUR, 23 Dis -- Dalam deretan karya realisme di pameran seni Fusion Art Malaysia 2025, terselit satu lukisan bunga adenium blossom (kemboja cina) yang bagi kebanyakan pengunjung mungkin hanya sebuah karya segar menggunakan teknik ââââÅ¡¬Å“reliefââââÅ¡¬ atau lukisan timbul ala tiga dimensi.Namun bagi artis Aseerah Shahjahan, lukisan bertajuk ââââÅ¡¬Å“Chaos of BloomââââÅ¡¬ itu menyimpan seribu satu kenangan peribadi yang berakar dari memori zaman kanak-kanaknya.ââââÅ¡¬Å“Bunga ini sering saya lihat semasa zaman kanak-kanak, menemani perjalanan pulang dari sekolah dan tanpa sedar menjadi sebahagian kenangan saya. Rasa nostalgia itu yang mendorong saya menjadikannya subjek lukisan,ââââÅ¡¬ katanya kepada Bernama ketika ditemui di pameran yang berlangsung di Capital Fine Art Gallery di sini.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA