KUALA LUMPUR, 30 Okt -- Presiden Badan Latihan dan Hidup Berdikari, Francis Siva memberi keterangan kepada anggota polis setelah disamun oleh dua lelaki yang berpura-pura menghulurkan bantuan kepada pertubuhan untuk orang kurang upaya (OKU) di Taman Garing, Rawang dekat sini, hari ini.Pertubuhan yang didiami 12 OKU itu didatangi lelaki terbabit kira-kira pukul 10 pagi sambil membawa makanan dan minuman.Perompak berjaya melarikan wang tunai RM10,000 selain beg tangan, laptop, dua telefon bimbit dan barang kemas.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA