KUALA PILAH, 22 Okt -- Pegawai 99 yang diketuai oleh Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minar (tidak kelihatan dalam gambar) mengarak keluar alat kebesaran diraja yang terdiri daripada ttombak dna payong kuning dari Istana Besar Seri Menanti untuk dipasang di halaman istana sempena bermulanya upacara sambutan pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 26 Okt di sini, hari ini.Sebelum itu alat-alat kebesaran terdiri daripada lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol kuning, hitam dan merah, diletakkan di atas meja khas sebelum ditepung tawar diikuti bacaan doa.Semua alat kebesaran itu akan kekal terpasang di halaman Istana selama tujuh hari sehingga istiada menyimpan dilakukan 28 Okt.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA