KUALA LUMPUR, 8 Okt -- Eksekutif Kanan Jabatan Komunikasi MTD Group, Hafizah Mohd Sabri menunjukkan 'Botol Pelbagai Guna' untuk jemaah haji yang disumbangkan oleh MTD Group pada majlis Penyerahan Sumbangan dan Penghargaan Sahabat Korporat Tabung Haji Bagi Musim Haji 1430H di Lembaga Tabung Haji di sini, hari ini.Botol pelbagai guna itu juga sesuai untuk jemaah haji wanita mahupun yang uzur untuk mengambil wuduk dan boleh dijadikan sebagai bekas minuman serta pelbagai guna untuk kebersihan diri semasa menunaikan haji.Sebanyak 33 syarikat sahabat korporat Lembaga Tabung haji memberi sumbangan untuk musim haji pada tahun ini.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA