KUALA PILAH, 22 Okt -- Pegawai 99 yang diketuai oleh Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minar (tidak kelihatan dalam gambar) sedang memasang alat kebesaran diraja di halaman Istana Besar Seri Menanti sempena bermulanya upacara sambutan pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 26 Okt di sini, hari ini.Terdahulu semua alat kebesaran yang terdiri daripada lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol kuning, hitam dan merah, diletakkan di atas meja khas sebelum ditepung tawar diikuti bacaan doa.Semua alat kebesaran itu akan kekal terpasang di halaman Istana selama tujuh hari sehingga istiada menyimpan dilakukan 28 Okt.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA