LANGKAWI, 14 Okt -- BERI PERTOLONGAN ... Dua anggota Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengusung Bashah Yatim 90, dari Kampung Kuala Melaka ke pusat perpindahan semasa latihan tsunami Indian Ocean Wave 2009 yang pertama kali diadakan secara serentak di 27 negara-negara di sekitar Lautan Hindi di sini, hari ini.Seramai 1,270 penduduk dari enam buah kampung dari kawasan Kuala Triang dan Kuala Melaka terlibat dalam latihan itu yang turut membabitkan lebih 200 pegawai dan anggota dari sembilan agensi kerajaan.Ia merupakan satu latihan bagi menguji kepantasan penyaluran maklumat mengenai gempa bumi dan amaran awal mengenai sesuatu bencana seperti tsunami.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA