KUALA PILAH, 22 Okt -- Pegawai 99, Lokman Yahya memasang payong kuning, satu daripada lima alat kebesaran diraja di halaman Istana Besar Seri Menanti bagi menandakan bermulanya upacara sambutan pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 26 Okt di sini, hari ini.Memerhatikan ialah dua lagi Pegawai 99 (kiri) yang sudah siap memasang payong kuning dan tombak berambu.Empat lagi alat kebesaran diraja iaitu tombak berambu, pedang panjang, keris panjang dan tonggol kuning, hitam dan merah itu akan kekal terpasang di halaman Istana selama tujuh hari sehingga istiada menyimpan dilakukan 28 Okt.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA