KUALA PILAH, 22 Okt -- Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz memeriksa alat kebesaran diraja selepas upacara tepung tawar bagi menandakan bermulanya upacara sambutan pertabalan ayahanda baginda Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 26 Okt di sini, hari ini.Semua alat kebesaran yang terdiri daripada lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol kuning, hitam dan merah, kemudian akan dipasang di halaman Istana selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan dilakukan 28 Okt. --fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA